sahabat bagi anda macam mana?...yang masa kecilnya bermain bersama.saat melangkah ke sekolah,ada sahabat yang berada dalam kelas yang sama.sama-sama lagi melangkah ke alam universiti....dan kini mungkin sama-sama melihat anak masing-masing bertatih?....alangkah indahnya.
bagi I sahabat itu seorang pengkritik.
dia akan ada untuk kita,mengkritik atas semua apa yang kita lakukan.
agar kita akan terasa lebih yakin,dengan apa yang kita lakukan.
sahabat itu seorang musuh.
memang dia musuh utama.sebab,kita tak mampu jadi dia,dia tak mampu jadi kita
walaupun kita nak sangat jadi dia,tapi kita tak mampu.
lagipun kita jadi sahabat,kerana kita hendak saling melengkapi.
sahabat itu umpama penjaga kita.
saat kita jauh dari keluarga,kita ada sahabat.
yang mengambil berat tentang kita.
yang menjaga dan memberi kasih sayang.
kerana itu,kita perlu sahabat.
sahabat menangis susah kita nak cari,tapi yang tertawa.senang je.
tapi bagi I,saat kita tertawa,saat kita bahagia..kongsi dengan kawan-kawan.
kerana kebahagiaan kita itu akan bercambah.
saat kita bersedih,kita luahkan dengan kawan-kawan.
tapi,mereka takkan rasa apa yang kita rasakan.
kerana mereka juga mungkin ada masalah yang sama.
I sayang semua sahabat-sahabat I.Biarpun mereka tiada disisi ketika I bersedih,tapi mereka tetap mengirimkan doa untuk kita.......sayang semua sahabat-sahabat baik I,dari zaman sekolah sampai hari ini.lagu untuk semua sahabat-sahabatku....
eh eh,awak...awak blogger kan?!...kita pun boleh jadi sahabat.biar di alam maya saja.jemput-jemput FOLLOW dan LIKE fanpage,boleh kita kenal-kenal :)
p/s: sahabat-sahabat baik saya tiada peluang untuk kenakan saya sempena birthday ini,sebab saya dah balik kampung terlebih awal dari mereka....selamat tinggal sahabat!.tahun ini tiada pesta tepung+telur lagi oke?!.
0 Comments
Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*