Tips untuk Tidur Lena

Tips untuk Tidur Lena



^_ASSALAMMUALAIKUM_^

dulu,selalu ada masalah tidur.Tidur malam yang tak cukup,terlebih tidur siang.Alih-alih bangun kepala dah berat,sah sah dilanda sakit lagi!.Tak pasal-pasal telan panadol sebiji,tapi jenis macam I ne,jangan harap nak telan sebiji,setengah biji pun susah.So,akhirnya sakit kepala dibiarkan melarat macam tu je.
keadaan korang sama tak dengan keadaan I?!.


Tidur pada waktu malam adalah waktu tidur yang paling ideal.Hal ini kerana kita telah menjalani kehidupan seharian pada waktu siang dengan penatnya.Ke sekolah,ke tempat kerja mahupun melakukan aktiviti riadah memerlukan banyak tenaga sehinggakan kita berasa cepat letih dan lelah.Tapi,jika tidak mendapat tidur yang lena,maka kita akan mendapat banyak keburukan berbanding kebaikan:..

  • menyebabkan peningkatan berat badan
  • menyebabkan tekanan darah tinggi
  • menyebabkan sistem imun kurang berkesan
  • menyebabkan badan jadi lemah dan lesu
  • menyebabkan muka jadi tak ceria dan pucat
  • menyebabkan pedih-pedih pada mata dan mata jadi merah
  • mudah tumbuh jerawat pada muka
  • menyebabkan otak berserabut dan tertekan
  • mudah pening kepala

Tidur merupakan satu nikmat yang dikurniakan Allah SWT kepada umatnya.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
Dan Kami jadikan tidurmu untuk rehat.” (An-Naba’, ayat 9)
Mendapat tidur yang secukupnya adalah penting kepada kita bagi mengelakkan kita ditimpa pelbagai kesusahan seperti yang dinyatakan diatas.Oleh itu,untuk mendapat tidur yang secukupnya,kita perlu mengamalkan beberapa langkah ini disamping dapat membuatkan kita cepat lena daripada biasa:

Menetapkan waktu tidur.Waktu tidur yang ideal bagi orang dewasa ialah 6-8jam.Jika anda bekerja/bersekolah pada waktu pagi,maka kenalah tidur seawal jam11 malam.Beberapa minit(dinasihatkan 15minit sebelum waktu tersebut),anda sudah berada diatas tilam.Sah lepas golek-golek sikit,termenung sikit,berangan sikit anda akan lena tidak lama kemudian.

Amalkan membaca doa tidur,3 Qul dan ayat Kursi.
• Sebelum Tidur Membaca Doa :بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
bismikallahumma ahya wa amutu
Artinya :Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati• Sesudah Bangun Tidur Membaca Doa :اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur
Artinya :Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit
Surah 112 : Al-Ikhlas Ayat 1-4 ( الإخلاص )
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ
(1) قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ
(2) اللهُ الصَّمَدُ
(3) لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ
(4) وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ

Surah 113 : Al-Falaq Ayat 1-5 ( الفلق )
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ

(1) قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ 
(2) مِن شَرِّ مَا خَلَقَ
(3) وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ
(4) وَمِن شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ
(5) وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ

 Surah 114 : An-Nas Ayat 1-6 ( الناس )
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ

(1) قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ 
(2) مَلِكِ النَّاسِ
(3) إِلَهِ النَّاسِ
(4) مِن شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ
(5) الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ
(5) مِنَ الْجِنَّةِ وَ النَّاسِ


 Amalkan mengambil wudhu sebelum tidur.
Diriwayatkan dari al-Barra' bin 'Azib, ia berkata, bahawa Rasulullah saw bersabda;
"Apabila kamu mendatangi tempat tidur kamu (hendak tidur) maka berwudu'lah sebagaimana kamu berwudu' utk solat, setelah itu berbaringlah kesebelah kanan, kemudian bacalah:
"Allahumma aslamtu wajhi ilaika, wa fauwadtu amri ilaika, wa alja'tu Zahri ilaika raghbatan wa rahbatan ilaika. La Malja' wa la manja minka illa ilaika. Allahumma amantu bikitabika-l-ladhi anzalta wa bina-biyika-l ladhi arsalta"
..maknannya:
"Ya Allah aku menyerahkan wajahku (diriku), kepada-Mu, aku pasrahkan urusanku kpd-Mu, aku serahkan segala urusanku kepada-Mu, aku berlindung kepada-Mu dengan pengharapan (memperoleh kebaikan) dan takut (memperoleh siksaan) kepada-Mu. Tiada ada tempat perlindungan dan keselamatan kecuali kpd-Mu. Ta Allah, aku beriman dengan kitab-Mu yg telah Engkau turunkan, dan Nabiy-Mu yg telah Engkau utuskan."
"...dan apabila engkau mati pada malam itu, maka engkau mati dalam keadaan fitrah. Jadikanlah kalimat tersebut yang akhir yang engkau ucapkan."

Tutup Lampu Bilik Tidur.
Bagi sesetengah orang,mereka suka tidur dalam keadaan lampu terpasang.Namun sedarkah kita,apabila kita tidur dengan lampu terpasang,kita sebenarnya mendedahkan otak kita kepada panas haba lampu.Demikian juga dengan mereka yang tidur dihadapan laptop masing-masing.Kita sebenarnya merelakan diri kita terdedah kepada radiasi.sama seperti telefon bimbit.(tapi kadang-kadang HP ada je dekat I,hoho,susah nak lepaskan HP tambah-tambah HP da jadi alarm untuk bangun pagi.I should buy 'jam')

Semburkan pewangi.
Agar bilik berbau wangi,semburkan pewangi/air freshner didalam bilik 5 minit sebelum tidur.Jangan pula sembur ridsect lepas tu tidur yer!.tak pasal-pasal esok terlantar dekat hospital kerana kesukaran bernafas akibat terlalu terhidu racun nyamuk.

Cadar,selimut dan sarung bantal.
Cadar,selimut dan sarung bantal hendaklah diganti dengan lebih kerap.Tidur diatas cadar,bantal dan selimut yang kurang bersih akan menyebabkan kita terdedah kepada fungus-fungus yang boleh membawa penyakit.Lebih-lebih lagi,kita mungkin akan dijangkiti kutu.


So,amalkan lah tips diatas agar kita lebih mudah tidur dan mendapat rehat secukupnya.Taklah lesu,pucat dan tidak bermaya pada keesokan harinya.Bagi para jejaka yang dah cukup umur,kalau rasa tidur tu memang tak lena,itu tandanya dah kena cari peneman tu.hikhikhik (^.^) last,tidur yang lena menjanjikan kesegaran buat kita.






Post a Comment

2 Comments

  1. yang baca 3 qul tuh mmng berkesan :) btw, baby tuh sgt comel!

    ReplyDelete
  2. @Cik tikah...betul tu.sangat berkesan...baby tu anak blogger pucheh.jgn lupa like ye. :)

    ReplyDelete

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*