Resepi Jantung Pisang Tumis Belacan #terjun.

Resepi Jantung Pisang Tumis Belacan #terjun.

Assalammualaikum

hari ini kongsi satu resepi lagi.
Resepi Jantung Pisang Tumis Belacan #terjun.ehem ehem,#terjun sebab main terjun je semua bahan-bahan ke dalam periuk.[harap bakal mak-mertua suka]

Bahan-bahannya :
Jantung pisang (direbus terlebih dahulu kemudian dihiris)
Beberapa ulas bawang putih dan bawang merah
Beberapa biji cili padi (lagi banyak lagi pedas)
Seinci belacan (lagi banyak,lagi terangkat!)
Segenggam udang kering (gunakan ikan bilis pun oke!)
Minyak masak
Garam dan ajinamoto

ne rupa jantung pisang tu ye,bagi yang tak tahu.


Cara-cara memasak :
1) Rebuskan jantung pising terlebih dahulu.
2) Sementara menunggu jantung pisang masak,rendamkan udang kering terlebih dahulu.
3) Kupas bawang merah dan bawang putih.
4) Tumbuk atau kisar bawang merah,bawang putih,cili padi,belacan dan udang kering.
5) Jantung pisang yang telah masak,hendaklah dihiris nipis.
6) Cuci jantung pisang dan toskan.
7) Panaskan minyak masak.Setelah panas,masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk/kisar terlebih dahulu.
8) Apabila bahan tumisan telah naik bau,masukkan jantung pisang yang telah dihiris.
9) Gaul sebati.Masukkan air jika perlu.
10) Masukkan garam dan ajinamoto.
11) Biarkan sehingga masak dan boleh dihidang.

siap untuk dilahap sepuasnya
oh ya,ada bahagian jantung pisang yang keras-keras tu takyah la masuk sekali,buang je.ada yang eca masukkan then buang time nak makan.gila keras nak makan!.hahaha.


amacam?oke tak resepi kali ne?.Minggu lalu,sempat masak resepi ne kat rumah sewa,housemate pun suka makan.[eca suka masak,dorang suka makan..tapi eca gak yang gemuk =.=" eh eh,comel!]


errr,makcik!!!(gaya sopan malu tapi mahu)..dah boleh masuk meminang.(Y)
#even tak habis belajar,dah boleh booked tau!.(agak miang disitu)

Post a Comment

11 Comments

  1. hahhahah... makcik.. cpt dpg booked eca.. hihiii

    ReplyDelete
  2. akak dgn sengaja dtg klik MAGNUM dekat sidebar eca tu..kikikiii

    ReplyDelete
  3. baru je makan jantung pisang hari tu, mak masak jatung pisang lemak cili padi.. :)

    ReplyDelete
  4. jantung pisang masak lemak cilipadi memang sedappp!!

    ReplyDelete
  5. Alaahaaaai, sedapnye. dahlama tak makan ulam jantung pisang (:

    ReplyDelete
  6. hhahaha . nak satu .. untung laaaa hhahaha

    ReplyDelete
  7. @IntaNBerliaN hakhakhak...makcik mana ne?..cepat carikan :D

    ReplyDelete
  8. @Cik Nur wahhh...jantung pisang masak lemak...sedap sedap :D

    ReplyDelete
  9. @CikPuan Azizah ye ye..nak try juga masak gitu...

    ReplyDelete
  10. @shiema sufian dibuat ulam pun sedap..cecah sambal belacan..perghhhh

    ReplyDelete
  11. @Syuhada Nasya wah..apa yg untung?.konpius =.="

    ReplyDelete

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*