Mohon Siasatan Lanjut Kes Bunuh Diri Bekas Pelajar Politeknik Kota Kinabalu

Mohon Siasatan Lanjut Kes Bunuh Diri Bekas Pelajar Politeknik Kota Kinabalu

Assalammualaikum

Mangsa bunuh diri,Andika Alam,bekas seorang pelajar politeknik Kota Kinabalu telah pun selamat dikebumikan di Lahad Datu.Namun,seluruh ahli keluarganya seakan masih terkejut ekoran dari peristiwa berkenaan.|entry berkenaan,sila baca di SINI|


Ibu mangsa,Aisyah Ahmad,60, enggan mempercayai yang anaknya mati membunuh diri apabila mengetahui terdapat kesam lebam di badan mangsa ketika proses memandikan jenazah dilakukan.Justeru,menambah keyakinan dihati seorang ibu yang anaknya bukan mati gantung diri malah ada faktor lain.

Kesan lebam tersebut terdapat di kaki dan perut mangsa manakala kesan seperti ikatan tali pada dada mangsa.Lantas menyebabkan keluarga mangsa membuat laporan polis dan meminta agar siasatan lanjut bagaimana kesam lebam itu muncul di badan mangsa.


ibu mangsa menunjukkan laporan polis serta gambar mangsa

Selain itu,ibu mangsa juga sempat membuat satu laporan polis di Balai Polis Menggatal dan meminta agar siasatan yang lebih terperinci dijalankan.

Ibu mangsa menambah,"Beberapa hari sebelum kejadian,mangsa ada menghubungi beliau dan memberitahu bahawa dirinya diancam oleh seorang rakan serumahnya dengan membawa geng yang dipanggil ATAP."

Beliau sempat berpesan agar mangsa tidak terlibat dalam sebarang pergaduhan,malangnya itulah juga nasihat terakhir beliau kepada mangsa.Mangsa juga dikatakan seorang anak yang baik serta patuh kepada orang tuanya,maka tidak hairanlah keluarganya tidak mempercayai mangsa sebenarnya mati membunuh diri di ruang luar dapur rumah sewanya di tingkat 4,Taman Seri Maju,Sepanggar.


:: eca cakap-cakap ::

bunuh diri atau mangsa khianat?!.ermmm,persoalan yang bermain dibenak fikiran.
jika ini adalah perbuatan khianat,maka suatu hari nanti akan kita ketahui juga siapa punya angkara.
mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Andika.


p/s : eca sebenarnya tahu FB mangsa ne tapi sorry tak dapat kongsi dengan kalian.Tapi takpe lah kan?.Kita sedekahkan Al-Fatihah dengan harapan dia tenang disana.Amin.





Post a Comment

3 Comments

  1. @IntaNBerliaN eca xkenal..tpi kawan2 kenal.ada yg tinggal berjiran...ada yang sama2 kt poli dlu.

    ReplyDelete
  2. ada yg ckp dia ada sakit.. pasal dia tidak sanggup terima keadaan ia begitu.. ia ambil keputusan bunuh diri.. pastu timbul lagi cerita dia di desak oleh kawan-kawannya spya bunuh diri.. Rest In Peace..

    ReplyDelete

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*