jodoh itu rahsia Allah | Entry Peserta Year End Contest

jodoh itu rahsia Allah | Entry Peserta Year End Contest

Assalammualaikum
Berikut adalah entry peserta YEAR END CONTEST.Entry ini adalah dari entry
http://mamakaybee.blogspot.com/2012/11/jodoh-itu-rahsia-allah.html

dari zaman sekolah sehingga saya belajar di matrikulasi, saya tidak pernah ber"couple"...ketika itu, sayaberkawan baik dengan rakan sekelas lelaki, tetapi semuanya tidak lebih dari seorang kawan...perasaan remaja saya sering tertanya-tanya, kenapa hampir semua rakan perempuan ada "couple" masing-masing, tetapi sayatidak?adakah kerana saya tidak cantik seperti rakan-rakan perempuan yang lain?

pada tahun 2001, saya berkenalan dengan senior semasa saya di sekolah menengah...tetapi persahabatan kami hanya bertahan sebulan sahaja...ada masalah peribadi yang tidak dapat memanjangkan persahabatan kami...

kemudian pada tahun 2003, saya berkenalan dengan seseorang yang berasal dari Johor Bahru...persahabatan saya & dia bertahan selama setahun lebih...sepanjang berkawan, kami tidak pernah "bergaduh" sehingga saya rasa dia jodoh saya...tetapi disebabkan pergaduhan kecil, kami membuat keputusan untuk memutuskan persahabatan kami...pada mulanya saya tidak dapat menerima & menangis apabila teringat kenangan sepanjang berkawan dengan dia...setelah hampir setahun barulah saya dapat melupakan dia & redha dengan takdir...mungkin susah untuk saya terima kerana dialah "cinta pertama" saya...

selepas itu, saya cuba berkawan dengan orang lain, tetapi semuanya hanyalah kawan biasa sahaja...pada tahun 2006, ketika usia saya 25 tahun, setiap kali selepas solat saya akan berdoa, semoga Allah temukan saya dengan seorang yang mudah untuk saya mengenali dirinya & keluarganya kerana saya sudah mula terasa penat jika mahu berkenalan dengan seseorang yang baru dikenali..."mana nak kenal dia, mana nak kenal keluarganya lagi...ish, macam-macam yang saya fikir ketika itu"...

kemudian pada April 2007, tanpa disangka rakan sekampung telah memberi nombor telefon saya pada suami...sebenarnya saya & suami memang telah kenal sejak kecil kerana berjiran...kami bermain pondok-pondok, mandi sungai, mengaji bersama-sama, tetapi kami tidak sekelas di sekolah kerana suami muda sedikit dari saya...

sejak keluarga saya berpindah pada tahun 1992 sehingga kami tinggal semula di rumah lama kami di Kampung Sagil ini pada tahun 2001, saya tidak pernah berjumpa atau terjumpa dengan suami...ketika kami berkenalan, saya bekerja di Johor Bahru...selepas 2 minggu ber"sms", kami berjumpa di Muar dengan ditemani adiksaya...sangat mendebarkan kerana sudah 15 tahun kami tidak berjumpa...Alhamdulillah, walaupun kami berbeza umur & sering berbeza pendapat, rupanya dialah jodoh saya...mungkin kami mudah untuk serasi kerana kami telah kenal sejak kecil...

saya agak kecil hati ketika sehari sebelum kami bertunang, saudara mara saya bertanya dengan soalan-soalanseperti, "masa dekat usm, tak ada kenal dengan sesiapa ke?", "kenapa cari jiran sendiri?" dan bermacam soalanyang lain...ye, saya akui, suami saya tidak berpelajaran tinggi jadi mereka berpendapat saya pelik kerana tidak memilih lelaki yang mempunyai ijazah seperti saya...ok, cukup sampai sini cerita saya...minta maaf sebab agak panjang walaupun saya dah cuba singkatkan...

hari ni saya ada 3 jemputan kahwin, so sebab tu saya cerita pasal jodoh...mengimbau kenangan lama...




**sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah...jodoh itu kita dapat rasakan apabila dengan kehadiran diamembuatkan kita rasa LEBIH TENANG, LEBIH BERTAMBAH AMAN dan juga LEBIH MENINGKATKAN KEIMANAN...

**Ya Allah, seandainya telah tertulis dia untukku, dekatkan & satukanlah hatinya dengan hatiku...berikan kebahagiaan kepada kami..agar kesetiaan itu abadi...amin..

**dalam sesebuah perhubungan, perkara yang paling penting adalah percaya & ikhlas...

**i trust you is BETTER than i love you because you may not always trust the person you love, but you can always love the person you trust...




Nota Penulis : entri tersebut adalah berdasarkan pengalaman sebenar hidup saya,tidak ada copy paste dari mana-mana pihak...entri tersebut bukan ingin membuka pekung di dada mahupun berbangga dengan apa yang ada, tetapi sekadar ingin menceritakan & berkongsi kepada rakan-rakan bahawa sememangnya jodoh itu adalah rahsia Allah yang kita semua tidak tahu dengan siapa & bila ia akan datang.
eca cakap-cakap :: Kalau rasa entry ini OKE!..mari tolong LIKE,TWEET,G+ & KOMEN entry ini (melebihi 10perkataan..ucapan GOODLUCK tidak dikira yer!)

Post a Comment

2 Comments

  1. alhamdulillah...kite yg meminta..Allah berikan..mmg itulah terbaik bt kita..jglah jodoh yg telah diberikan...tp tu la..mulut org..harap jodoh berpanjangan selamanya..amin... suke la...terasa keikhlasan..huhuhu :)

    ReplyDelete
  2. betul tu... selama mana kita berkawan@bercinta jika Allah dah katakan dia bukan jodoh kita, maka bukanlah.. Eza pon sama, akhirnya berkenalan dgn anak buah abah sendiri ja.. berkawan ramai masa tu...hehehe... luckily, suami eza rupanya dah simpan minat kat eza dah lama... kiki

    ReplyDelete

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*