Penantian Berakhir Selepas 5tahun.

Penantian Berakhir Selepas 5tahun.

Assalammualaikum sayang-sayang saya :)
Disebabkan hari ini hari terakhir bekerja sebelum bermula cuti sekolah, eca nak share berita gembira. Biasalah dak Eca, kalau berita gembira memang nak share ja kat sini buat tatapan di "hari tua". Ohyeah, penantian selepas LIMA tahun akhirnya berakhir eh eh tak lah berakhir sangat tapi kita nantikan step seterusnya dengan penuh sabar. Berita gembira apa tu?..tengok gambar di bawah ini yer :



Bagi pengikut Eca di media sosial, mesti tahu Eca dah graduat sejak tahun 2013 lepas tu Eca sambung Master sampai graduat pada tahun 2015. Habis jak study ijazah sarjana muda, Eca terus kerja kat Ceria Educational Development. Tahun 2014, Eca ditawarkan jawatan pensyarah di Kolej Vokasional ILPKK tapi penghujung tahun 2016, kontrak Eca ditamatkan atas alasan subjek akademik di ILP telah dimansuhkan....


Masa tu, bermula hidup macam dulu. Hantar resume sana-sini dan akhirnya dipanggil temuduga di tempat kerja sekarang. Bila dah beberapa bulan kerja, rasa nak buka pusat tuisyen sendiri pulak!..Memang pernah bercita-cita nak buka pusat tuisyen sendiri tapi pengalaman tu kurang lagi. So, Eca pun kata bersabar dulu kumpul pengalaman dulu, ada rezeki hujung tahun ini nak buka.

Tetiba, bulan Ogos lalu, heboh lagi temuduga Guru Interim Negeri Sabah bagi major English & Kaunseling...tahun lalu, Eca ada ikuti temuduga ini secara walk-in tapi tak berjaya. Kenapa walk-in?..sebab nama Eca tiada dalam senarai temuduga tu. Tapi, bila dorang cakap boleh walk-in interview, Eca pun pergilah cuba tapi tak berjaya. SEDIH oi masa tu, apa tak  member-member sekelas ramai yang dapat (pointer aku tinggi kot masa tu!, tapi yela Siapa Kita Untuk Menidakkan Rezeki Allah).  Tahun ini pulak, sekali lagi nama Eca takde dalam senarai. 

NAK NANGIS oke?!...serius, cakap kat diri sendiri!..Apa yang tak kena? Apa salah kali ini?..So, atas bantuan kawan Eca & suaminya, Eca jumpa dengan Encik Idris (Pegawai yang urus pengambilan Interim)...Tau tak, masa tu Eca gitau apa yang terjadi. Bila pegawai tu buat semakan, rupanya MAJOR Eca dalam senarai graduan pendidikan ialah Sastera & Pengajian Media. *again, rasa nak nangis!*...Nasib masih sempat untuk dimasukkan nama untuk ikut temuduga...dan pada 17th Ogos 2017 Eca telah ikut temuduga yang bertempat di IPG Kent Tuaran (Kampus Lama). 

Sebenarnya, tak berharap sangat takut kecewa macam dulu. Eca takpe tak kisah, tapi bila fikirkan parents Eca...pengorbanan mereka sejak Eca study, tu yang kuatkan semangat Eca. Alhamdulillah, bila terima berita gembira ini...parents Eca adalah orang pertama yang tahu....bila fikirkan semula, kalau tidak kerana parents Eca, takdak lah Eca disini.  So, here I am. SMK Tagasan, Semporna 322km ++ away from home. 

eh, apa kaitan gambar ne?..hahaha~

the interimtagasan mate. 


Last but not least, HAPPY HOLIDAY TEACHERs!
see you once again next year =)

till next entry,
xoxo : ecadwinkyasha~

Post a Comment

15 Comments

  1. Syukur ya tahnia untuk anda..teruskan kerjaya guru

    ReplyDelete
  2. Dah follow blog cikgu ya

    ReplyDelete
  3. Love semporna for his seas n islands...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeaaa...fall in love with the islands damn much

      Delete
  4. Selamat bercuti Cikgu Eca .. moga terus success!

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah berkat kesbrn tu ca..selamat brcuti cikgu eca

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya Lya..ndak sia2 tunggu dgn sabar....mekaseh Lya

      Delete
  6. Tahniah Cikgu Eca. Selepas tu boleh la teruskan impian awak ngan buka pusat tuisyen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah lepas ne ada rezeki mmg nak buka. TQ :)

      Delete
  7. Selamat bercuti cikgu..

    ReplyDelete
  8. Finally... Tahniah Eca

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekaseh Kak..Doakan yg baik-baik saja ye.

      Delete
  9. Tahniah kak dapat jadi cikgu. Syukur alhamdullilah. GV follow blog akak ya. GV #1503

    ReplyDelete
  10. tahniah ecaaa..haha baru tersinggah pla ni entry lamaaa suda..pls la update baru bahh

    ReplyDelete

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*