Tips Pelamin Raja Sehari

Tips Pelamin Raja Sehari



 ^_ASSALAMMUALAIKUM_^

ecadwinkyasha nak kahwin!.*SILA BERSORAK GEMBIRA*.
oke fine!.TIPU semata-mata je.Sebenarnya,eca nak bagi TIPS Pelamin bagi raja+ratu sehari.

tanpa PELAMIN dalam suatu majlis perkahwinan ibarat tanpa bahan perasa dalam masakan.Walaupun bukan perkara wajib dalam mendirikan masjid,tidak bermaksud kita memperbelakangkan semua itu.Jom tengok tips-tips memilih Pelamin anganan anda.




#1.Fikir dan pilih rekaan serta tema yang ingin dibuat mengikut saiz ruang serta tempat.

#2.Pelamin seelok-eloknya dibuat dua hari atau sehari sebelum perkahwinan agar dapat mengubah atau menambah gubahan jika dirasakan kurang sesuai mahupun kurang menarik.JANGAN pula buat terlalu awal,takut pelamin dijadikan taman permainan kanak-kanak,tak pasal-pasal pelamin angananmu musnah.

#3.Elakkan hiasan yang terlalu sarat terutama tempat yang terhad,takut kamu sendiri tidak selesa.

#4.Jika menggunakan kerusi,pilihlah kerusi mengikut kesesuaian kamu agar pelamin nampak lebih selesa dan elegent.

#5.Elakkan penggunaan warna gelap/garang untuk kediaman yang agak terhad kerana permainan warna juga mempengaruhi suasana persekitaran.Seelok-eloknya berbincang dengan penghias pelamin serta jurukamera kamu.

#6.Penggunaan bunga segar/hidup sebagai hiasan bukan sahaja menyegarkan malah memberi aroma tersendiri kepada persekitaran kamu.Tapi,bijaklah  memilih bunga yang sesuai.Pilihlah bunga yang tahan lama.

#7.Untuk pelamin yang dibuat didalam rumah,seeloknya dialihkan semua perabot terlebih dahulu agar ruangan lebih lapang serta memberi keselesaan kepada tetamu kamu.

#8.Bagi yang memilih untuk menempah pelamin dibutik perkahwinan,buatlah tinjauan anda terdahulu.Pilih harga yang sepadan dengan konsep perkahwinan anda.Jangan pula berbelanja lebih untuk pelamin sahaja,banyak lagi benda yang perlu dititikberatkan.

I nak bagi sedikit ilham kepada bakal-bakal pengantin:.
Untuk ruangan yang sederhana,bolehlah ambil ilham pelamin dari sini.


Comel kan pelamin mini ini.Sesuai untuk acara nikah,dimana pengantin perempuan boleh duduk bersimpuh sahaja.Mini pelamin ini juga sesuai untuk pasangan yang ingin bertunang.


Pelamin ini ringkas.Pengunaan bunga-bungaan memainkan peranan dalam memberi satu dekorasi yang menarik.Sesuai juga untuk acara nikah.Tetapi,kalau boleh,elakkan tingkap terbuka.Takut bila ambil gambar nanti,gambar akan terlebih terang.Pengcahayaan kenalah sesuai.


cukup ringkas dan sesuai untuk acara berinai.Untuk ruangan terhad,pelamin ini sesuai.Penggunaan bunga gantung menjadikan pelamin ini seperti pelamin dalam taman.


ringkas tapi reben tu agak semak kan?.

Untuk ruangan yang besar seperti perkahwinan dalam dewan mahupun pelamin dihalaman rumah.


Ringkas dan cukup elegent.Bunga tabur menaikkan lagi seri pelamin.Kombinasi warna cream+putih+pink+ungu sangat lawa.*nak pelamin macam inilah!*


Cukup ringkas dan menjadikan halaman sebagai latar.sangat lawa!


kerusi tinggi berwarna hitam menaikkan seri pelamin ini.


oke,cukup banyak pilihan pelamin diataskan.Semoga dapat memberi ilham kepada bakal-bakal raja+ratu sehari.Apa yang penting,kelihatan cantik diatas pelamin yang cantik,memang puas hati.Tak salah berbelanja sedikit,sebab perkahwinan sekali seumur hidup.


p/s:Doakan saya cepat bertemu jodoh,boleh tak?!...#lariiii...

Post a Comment

4 Comments

  1. semua ada warna pink..cantik sangat..:)

    ReplyDelete
  2. @Azzah...hehehe,memang cantik kalau pink.eca suka :)

    ReplyDelete
  3. cantik!! jijah tengah pikir nak kerusi o tak masa nikah nanti...emm

    ReplyDelete
  4. @Cik Azizah.kalau nikah xyah kerusi....lgi senang dia nak sarungkan cincin kang.hikhik

    ReplyDelete

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*