Cerita Dari Hati,
www.ecadwinkyasha.com
Kota Kinabalu, Sabah.
18 Ogos 2013
Assalammualaikum,
menemui papamifz & pembaca belog ini.Selamat Hari Raya dari eca & sebelum papamifz mula membaca surat cinta ini, silakan segala kekasaran bahasa, kesilapan tanda baca mahupun kesalahan ejaan dimaafkan.Bulan baik, salinglah memaafkan.
Pertama sekali, eca hendak mengulas mengenai penampilan layout template blog papamifz.Bagi eca, layout papamifz amat kurang menarik.Lebih-lebih lagi, header yang pada eca kurang menyerlah....setiap pengunjung yang datang ke blog,pasti akan melihat header sebelum intipati blog, jadi agaklah menarik jika papamifz dapat menyediakan header yang lebih 'bernyawa' dan menepati niche blog.Apabila pengunjung sendiri tertarik dengan header, tak mustahil hati mereka akan lebih teruja membaca entry-entry PM.
cadangan : letakkan gambar PM sekeluarga, gambar tempat-tempat menarik, gambar kacamata@contact lens mahupun gambar-gambar yang lebih menepati niche blog...atau cukup sekadar letak muka Mifz yang kacakkkkkk tu.
memakai sampin berwarna kelabu,
kebaya nyonya cantik warnanya,
Mifz comel memikat kalbu,
Ramai yang suka akan comelnya.
Kedua, menutab PM agak kurang lengkap tanpa meletakkan niche blog PM.Setakat yang eca nampak, cuma entry berkaitan #cuti diletakkan dalam tab Tempat-Tempat Menarik..mungkin PM sendiri kurang sedar sebenarnya, meletakkan tab-tab tertentu mengikut label (keywords) bukan sekadar menarik traffik dari enjin carian malahan dapat memudahkan para pengunjung sendiri memilih capaian entry yang mereka ingatkan.Contohnya, PM letakkan tab #OPTIK...tak mustahil pengunjung yang berkunjung ke blog PM melalui carian #kacamata #contactlens and so on, akan tertarik membaca perkongsian entry...memanglah PM menggunakan widget related post, tapi tak salah dirangkumkan semua entry berkaitan dibawah 1 label.
Blogging is fun, but now it's time to level up -Nuffnang.eca yakin PM sendiri telah aplikasikan iklan Nuffnang, untuk menambah pendapatan melalui blog,cuma komen eca...iklan nuffnang lebih baik diletakkan ditempat yang betul & lengkap kesemua iklan.Eca cuma melihat iklan nuffnang disebelah sidebar blog sahaja.Eca yakin PM sendiri ada letakkan iklan nuffnang diatas header tapi iklannya selalu hilang...dan tidak pula eca nampak iklan dibawah post entry.Mungkin PM boleh semak kod dan kedudukan kod yang sesuai untuk meletakkan iklan tersebut...ada juga masalah pernah eca sedari dibeberapa blog, iklan nuffnang tidak kelihatan kerana kod HTML template yang kurang sesuai digunakan.
Raya sakan ke negeri Kedah,
makan soto bertambah-tambah,
iklan nuffnang lengkap lah sudah,
CPUV melekat earning bertambah.
Eca mengalami kesukarang lebih-lebih lagi bila teringin membaca entry-entry yang PM dah updatekan kerana tidak nampak pula list entry sebelum ini dibahagian Arkib.Agak lebih baik jika tajuk entry disertakan sekali..Tajuk Entry Menarik - Isi pun tentulah Menarik - Pembaca akan lebih teruja, betul tak?..kalau tak betul, maafkan eca...ini cuma sekadar pendapat eca.
Bagi eca, blog umpama HOTEL.Servis memuaskan, view yang menyedapkan...tentu sahaja menarik ramai pengunjung kembali.Ditambah dengan segala informasi yang menarik....antara entry PM yang bagi eca amat menarik ialah Contact Lens Murah..Mungkin PM boleh menambah lebih banyak entry dibawah label #OPTIK kerana tidak banyak pengetahuan yang orang ramai perolehi mengenai kacamata & cara penjagaannya dan macam-macam lagi.
setakat ini sahaja komen eca mengenai blog PapaMifz yang ternyata 10x lebih baik dari blog eca.Semoga segala komen & kritikan dapat membantu PapaMifz untuk lebih maju ke hadapan dalam dunia blogging yang semakin meluas ini.
duduk bersimpuh si anak dara,
jelingan manja buat si teruna,
komen & kritik harap membina,
ke arah dunia blogging lebih sempurna.
anak Cina main bunga api,
di malam raya riuh suasana,
salah silap harap dimaafi,
moga diterima dengan terbuka.
yang suka tulis surat,
Eca Dwinky Asha
ENTRY ini ditulis last minit bagi menyertai
Contest Review Blog PapaMifz.com.
p/s : surat cinta takde gambar oke?!.bau bedak ada..kekeke~