Resepi Pisang Cheese

Resepi Pisang Cheese

Assalammualaikum.

Saja nak buat korang terliur, eca nak share resepi Pisang Cheese.Daku ne gilakan pisang cheese, kalau ada kuliah, mulalah mengidam bagai dengan geng ayampenyet.Pergilah mencari pisang cheese yang berlambak kat Alamesra tu....tapi kali ne, jauh dari Alamesra, eca sediakan pisang cheese sebab adik bongsu daku ketagih lak nak makan.meh meh, kelas bermula ye puan-puan.

Bahan-bahan :
1) Pisang
2) Tepung gandum + tepung goreng pisang Adabi
3) Air
4) Minyak 
5) Susu pekat
6) Cheese buku jenama Cheddar.

Cara-caranya :
1) Sediakan adunan tepung + air tuk menggoreng pisang macam biasa.
2) Selepas selesai menggoreng, susun leh lawa-lawa atas pinggan.Bajet tengah makan kat kedai.haha!
3) Tuangkan susu pekat atas pisang.(tak yah banyak-banyak sangat sampai tersalut pulak pisang tu dengan susu...sedang-sedang je!)
4) Parut cheese diatas pisang tu.
5) Siap untuk dilantak sepuasnya.


total harga bahan-bahan :
Tepung : RM2++
Susu : RM2++/tin
Pisang : RM2-4/seikat
Cheese : RM10++/kotak

nampak mahal kan, tapi sebenarnya, cheese tu boleh dua-tiga kali guna..sama juga dengan tepung & susu. so resepi yang eca bagi ne amat simple kan?!..kalau kena waktu hujan, sambil minum kopi O, Nescafe O, milo suam, perghhhh...BF yang tak handsome lalu pun mesti korang tak peduli.haha!...So, dari terliur sendiri, gi siapkan pisang cheese,nanti tunjuk kat eca tau~

ohya, kalau korang area Alamesra, nak merasa pisang cheese ne, eca rekomen korang p Restoran Ummi Aishah (dok ingat nama dia tulis Aishah ke Aisya...hahaha!).Pisang Cheese kat situ LEBIH SEDAP berbanding kat Restoran Padang Jawa.hikhikhik.

till then,
stay healthy, stay positives,
enjoy your meal!!!