Berakhirlah Sudah

Berakhirlah Sudah

Assalammualaikum.

tak sangka, sedar tak sedar...dah dua tahun berlalu dari saat mulai  melangkah kaki meneruskan pengajian....bak kata kawan, cerita konvo yang dulu tak update-update lagi, dah nak konvo sekali lagi.NEVER EXPECT yang dah habis dah study master.like seriously, RINDU pulak nak gi kelas.

nak #throwback pasal perjalanan dua tahun tu.
8.Sept.2013.Bangun pagi nak p daftar. Pakai tudung pink tau, ayu-ayu gitu. P daftar sama-sama teman baik, Pate & Fazi...eca satu kelas dengan Fazi, amik Pengurusan Pendidikan..Pate pulak amik Psikologi....Cerita pasal kawan-kawan baik dalam kelas, eca pena tulis kat entry Geng Ayam Penyetku.
last study group of #ayampenyet...will be miss the team.
banyak kisah yang berlaku sepanjang dua tahun.manis, masam, sedih, gembira, jatuh cinta..pendek kata dua tahun tapi dah rasa macam-macam....sem 1, kitaorang malu-malu lagi tau. JUNIOR lah katakan...masuk sem 2, bergurau kadang-kadang tahap sakitkan hati pun ada.

Masa sem 2, group kitaorang buat Seminar...salah satu assignment kiranya.Pengalaman palng best, naik bot p tempat seminar tu.Merasa lah jugak pengalaman cikgu-cikgu kat sekolah tu naik bot pagi-pagi demi tugas....tak terbayanglah kalau musim hujan masa tu...COBAAN BETUL lah kiranya.
orengggg~ *waktu ne ada kurus sikit*
Masa sem 3, group kitaorang buat Seminar gak...tapi dalam area KK.senang hati sikit lahhh sebabnya tak yah susah naik bot.HAHA!...yang best bagi eca, opismate eca join sekali seminar ne.Menghabiskan waktu dari tak buat apa-apa di opis gitu....sem ne jugaklah, semangat bercinta, ADOIIII!....gila bercinta dengan kawan sekelas sendiri.Tapi dalam kelas buat-buat tak tahu....Ada pro & contra jugak bercinta dengan classmate sendiri...Tapi best sebab SEMANGAT nak gi kelas sebab nak jumpa dia!!!....boleh ke camtu?!..tapi sebenarnya lebih semangat sebab saling berkongsi maklumat gitu. Sem ne jugaklah sibuk buat PROPOSAL DISERTASI weiiii.penat otak tau!
timbalan dekan dengan kitaorang macam kawan jerrr..siap minta gelas tupperware masa neyh~
Masuk sem 4, le'SUPERSENIOR."tembirang" harus lebih tambahan "adik-adik junior" adalah kawan-kawan masa study degree dulu...wekkk~Masa ne dugaan banyakkk, terutamanya dugaan bila datang penyakit MALAS.part siapkan disertasi tu aiiii, tak menahan stressnya!!!!..Alhamdulillah, siap jugak akhirnya, walaupun masa nak print tu terduga dengan gempa bumi kat Sabah..daku terasa tau!....(nanti cerita kat entry lain)...seb baik sempat hantar tau =)
perjudian dua tahun, ada pada disertasi ini...doakan ianya LULUS dengan gred A..kekekeke~

ohya, sem 4 ne kitaorang buat lawatan..dah bosan dua sem buat seminar gitu...buatlah LAWATAN PENANDARAS ke Universitas Pendidikan Indonesia kat Bandung...lawatannya sejam setengah, yang selama 4 hari tu, SHOPPING....*habis duit weiii, menabung balik pasne~*

the delegation~
cuci mata je daku, sambil gi makan icecream orang!!!!..icecream sedap, cola botol pun sedap.
tak sedar, dah sampai si penghujung semester.exam pun dah habis.couple pun dah putus *anggapajetakdejodoh*~
kan, da cakap..macam-macam terjadi sepanjang dua tahun = 4 semester.Insyaallah, kalau disertasi LULUS, KONVO la eca sekali lagi pada bulan November..jemput datang meriahkan tau! ^-^

benda paling rindu bila habis belajar?!...terkejar-kejar siapkan assignment dan thesis.
tapi boleh pulak amik upah buat assignment & SPSS...benggong eca tu!