dah bersedekah hari ne tak?...cuba kita amalkan bersedekah, walaupun tak selalu, sekali sekala takde salahnya. Walaupun tak banyak, kita usahakan sedikit. Sedar tak sedar, kita beroleh pahala pada amalan yang kita lakukan secara tidak langsung.
kalau kita lihat secara umunya, banyak cara boleh kita usahakan untuk menjalankan aktiviti bersedekah...contohnya, belanja kawan teh tarik kat kantin, beli atau masak makanan dan ajak kawan-kawan makan bersama dan macam-macam lagi...Nak amal pahala sedekah berpanjangan lagi banyak cara. Antaranya, wakaqkan sejadah, telekung dan Al-Quran di surau mahupun masjid, biar sepasang telekung senaskah Al-Quran, pahala kita berganda-ganda nilainya di sisi Allah SWT.
Dari Abi Umamah, ia berkata : Rasulullah SAW, bersabda : “ Orang yang melakukan perbuatan makruf, bererti dia menjaga dirinya dari permusuhan yang tidak baik ; sedangkan bersedekah dengan sembunyi-sembunyi , bererti memadamkan kemurkaan Tuhannya ; dan melakukan silaturahim akan memanjang umur .”
Bila bersedekah, tak perlulah dihebohkan...macam riak je.Tapi tak salah beritahu rakan, ianya seakan-akan mengajak rakan kita bersedekah kan?..tetiba, rasa nak share bila eca bersedekah (ewahhh, nampak RIAK disitu!)....Pulang kerja Rabu lepas, eca singgah kat kedai nak beli minuman. Masa nak bayar tu, ada dua budak lelaki umur dalam 9 tahun tengah beli aiskrim. Masa tu, budak berdua ne tengah memilih dan tanya harga aiskrim kat tauke kedai. terdengar lah perbualan dorang, macam duit tak cukup...Eca pun cakap dekat tauke, "ko kira sekali aiskrim budak-budak ne"...Iyelah, masa tu, baru dapat upah advertorial blog, kita kongsi sikit...Masa keluar tu, budak-budak tu cakap, "Terima Kasih kak!!!". Auuuuuuw, cair hati kita bila ada yang menghargai kan?!
Kadang-kadang, orang beranggapan bila kita ada banyak duit barulah bersedekah. Sebenarnya, sedekah yang paling baik ialah bila kita tidak begitu memiliki wang yang banyak tapi tetap ingin berkongsi dengan yang lain.
Last few weeks, bersedekah bawak puding kat opis. Bila tak habis dan masa tu dah nak waktu pulang, eca panggil students suh habiskan puding tu....Dalam minggu-minggu selepas tu pulak, datanglah rezeki buat eca...Tak sedarkan semua tu?!..tapi kalau mengharap sangat ada rezeki datang baru nak bersedekah, baik takyah!!!.
jom jadikan amalan bersedekah sebagai salah satu acara wajib kita.
agar rezeki yang ada lebih diberkati....
sekian, tazkirah Jummat ustadjaeca.
eh japppp, nak sedekahkan korang sebijik ^-^ (itu senyuman oke?)
senyuman juga satu sedekah, apatah lagi ia dapat menyenangkan orang lain.