Tips Menggayakan Selendang Terkini

Tips Menggayakan Selendang Terkini

Asslammualaikum.

sekarang ne kan, kalau nak p opis....eca lagi suka nak pakai selendang. Bukan apa, dahlah senang nak lilit je (tak risau nampak kusut sebab tak iron sebab lilit-lilit je kan?) malah bermacam-macam fesyen boleh diaplikasikan. Yela, kalau tengok kat Youtube, Facebook even Instagram, banyak sangat orang dok upload tutorial menggayakan selendang even tudung bawal. Walaupun nampak ringkas, tapi ianya tetap kelihat bergaya malah hasilnya cukup menarik. Ramai yang cakap, pakai selendang ne LECEH, tapi dengan design-design selendang terkini, ianya sangat mudah. Malah, eca sendiri kadang-kadang tak pakai inner pun tau =)




Lihat kedua-dua gaya pemakaian selendang di atas, nampak berbeza kan, korang sebenarnya boleh pilih samaada hendak memakai inner ataupun tidak untuk gaya tersebut. Brooch memainkan peranan dalam menaikkan seri pada si pemakai. Kalau nak pakai inner, kita lihat gambar dibawah ini, tentu sahaja kelainan terhadap kedua-duanya menampakkan kelainan kepada si pemakai :


Dua gaya berbeza dengan pemakaian inner yang menarik....cantik kan?..
Malah ianya kelihatan lebih labuh dan sopan.

Japppp, eca nak tunjuk lagi dua cara menggayakan selendeng terkeni.
Lihat dua gaya berani ini....ianya nampak lebih moden dan menjadikan si pemakai lebih eksklusif gitu.....kalau berani menggayakan selendang berserta dengan inner, memang korang akan menjadi tumpuan (tengok gambar dibawah neyh :: )



 Sebenarnya, kalau kita berani menggayakan selendang or even tudung bawal, pelbagai gaya boleh ditampilkan. Ianya bergantung sepenuhnya ke atas kreativiti anda untuk membuat lilitan selendang yang unik dan kemas. Gayakan selendang anda mengikut citarasa anda asalkan anda berasa selesa dan confident!
 

tepuk dada, tanya selera.
mesti kita nak tampil menawan kannnnnn~
see u next entry!!!!