KOKOA BAH! Cocoa Butter Lip Treatment | Assalammualaikum & Salam Ramadhan…syukur dah 14hari berpuasa kan? Sepanjang berpuasa ni, alhamdulillah tak banyak sangat dugaan tapi bibir eca kerap kering dan merekah. Yelahhh, kita kan kurang minum air agak dehidrasi sikit kiranya. Paling tak best, bila berbuka minum air banyak-banyak dan makan banyak-banyak kadang-kadang sisa tu tertinggal kat bibir (kes gelojohhh ne!)
KOKOA BAH! : Cocoa Butter Lip Treatment Set & Cocoa Butter Soap n Scrub |
nasib Eca diperkenalkan dengan produk KOKOA BAH! Cocoa Butter Lip Treatment ni. Alhamdulillah, selepas beberapa hari guna, bibir Eca rasa makin seksi…dok selfie pun “si dia” komen bibir makin cerah. Dia tak tahu Eca sendiri geram dengan bibir sendiri sebab makin halusssss. Mari Eca kenalkan korang dengan KOKOA BAH! Cocoa Butter Lip Treatment.
Cocoa Butter Lip Treatment Set |
Cocoa Butter Lip Treatment adalah satu rangkaian produk yang terdiri daripada scrub, conditioner dan butter yang mana dirumuskhas untuk BIBIR kita. Selalu dengar scrub muka, scrub badan, conditioner rambut….jarangkan dengan penjagaan bibir kecuali penggunaan lip balm or Vaseline. Jangan risau, kini BIBIR kita turut boleh dimanjai dengan KOKOA BAH! Cocoa Butter Lip Treatment.
Set Cocoa Butter Lip Treatment terdiri daripada :
1. Cocoa Butter Lip Scrub
Cocoa Butter Lip Scrub ini kita gunakan untuk menghilangkan kekeringan bibir, rekahan pada bibir, elakkan bibir hitam dan setiap penggunaan scrub ini perlu diikuti dengan lip butter bagi elakkan bibir menjadi kering.
CARA PENGGUNAAN :
- Letakkan scrub pada bibir anda menggunakan jari-jemari
- Kemudian, sapukan scrub tersebut pada bibir sehingga anda berpuas hati.
- Akhir sekali, lap dengan menggunakan tisu kering (jangan gunakan air ataupun tisu basah kerana dikhuatiri bibir anda akan terlalu berminyak)
2. Overnight Lip Conditioner
Overnight Lip Conditioner pula kita gunakan sebelum tidur agar bibir kekal lembab. Antara ramuan utama Overnight Lip Conditioner ini ialah mentega koko, minyak almond dan Vitamin E namun begitu jangan risau kerana tiada pewarna tambahan digunakan.
CARA PENGGUNAAN :
- Gunakan selepas anda scrub bibir dan sapu bersih bekas scrub.
- Tinggalkan semalaman pada bibir.
- Gunakan setiap hari untuk kesan lebih menarik.
3. Cocoa Lip Butter
Cocoa Lip Butter pula kita gunakan di siang hari. Ramuan utama adalah sama seperti Overnight Lip Conditioner cuma ditambah dengan serbuk koko untuk menaikkan warna. Takyah risau, walaupun ianya berwarna coklat, tidak akan meninggalkan kesan pada bibir kamu.
CARA PENGGUNAAN :
- Gunakan selepas penggunaan Cocoa Lip Butter Conditioner
- Boleh digunakan setiap hari tanpa mengira waktu untuk menghasilkan bibir yang lebih lembut.
tengah scrub bibir pastu rasa lembut jakkk! |
Selepas gunakan beberapa hari, tetiba rasa bibir makin lembut. Lebih-lebih lagi pada bulan puasa ne kan, tidaklah bibir kering sepanjang hari. Makin suka pulakkk kita, lepas ne boleh repeat order gituuu tambahan pulak harga bagi treatment set ini agak murah & mampu milik. Harga satu set Cocoa Butter Lip Treatment ialah RM38 sahaja. Manakala kalau nak beli secara berasingan, korang boleh beli dengan harga RM15/setiap barangan. Mampu milik kan?!...so, korang takyah fikir panjang tau. Meh sini Eca gitau korang dimana boleh dapatkan set KOKOA BAH! Cocoa Butter Lip Treatment.
KOKOA BAH! by Secret of Borneo
Facebook : https://web.facebook.com/BorneoSecrets/
Instagram : https://www.instagram.com/secretsofborneo/
Whatsapp : 0195894930 (Nancy)
Jangan ragu-ragu tau, sebabnya produk dalam set ini TIADA BAHAN TERLARANG. Apatah lagi, ia adalah “homemade” yang dibuat dengan penuh kesungguhan ditambah rasa kasih sayang untuk semua pengguna dan bakal pengguna… Ohya, untuk pengetahuan korang, produk Cocoa Butter Lip Treatment ini merupakan produk dari SABAH tau! eh bangga pulak Eca as Sabahan dan telah cuba produk Sabah sendiri. hah, Eca dah cuba, sekarang giliran korang pulak ya!
Till next entry!
xoxo, ecadwinkyasha.
9 Comments
aroma koko pekat msti tu kan eca..bah ada ka mau sponsor aq? hahah, aq pn mau try juga
ReplyDeleteYeahhh!!! Thank you for the review 😊😊
ReplyDeletenak kena cuba la..sbb bibir saya pun makin gelap.selalu pakai lipstik kan.. huhu. nak jugak bibir lembut dan makin cerah pinkypinky gituewww
ReplyDeletela ingt minum coklat tu bibir
ReplyDeleteCis men lip scrub rupanya🤣
ReplyDeleteNnt ku maw tryla ni mcm best jak perisa coklat lgi
ReplyDeletelohh...eca orang sabahan ehh...hehehe...ok jugak price kokoa bah ni....better beli by set kan....murah lagi dari beli loose item.....rasa macam nak try la pulakss.... :D
ReplyDeleteProduk homemade natural dan lebih selamat. Sekarang banyak lambakan produk di pasaran. Kena bijak memilih la ye.
ReplyDeleteI mmg suka produk homemade. Biasanya produk mcm ini adalah diperbuat drpd bahan semulajadi tanpa mengandungi sebarangan bahan kimia. Jadi adalah selamat utk pakai.
ReplyDeleteTerima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*