MUSLIMAH WEAR FOR EID MUBARAK. | Assalammualaikum & Salam Ramadhan, dalam tak sedar
minggu hadapan kita dah beraya. Persiapan korang dah siap belum?!..Kalau korang
ikut Eca, satu minggu satu benda baru Eca lengkapkan. Tapi sampai sekarang kan,
tak selesai lagi part pakaian, typicall woman memilih betul kot tu pasal sampai
sekarang tak settle lagik =.=”
untuk raya, Eca mencari “Muslimah Wear” sebabnya nak matchingkan baju & tudung..kalau boleh pakej beg dan kasut. Perempuan kan, biasalah?!..hehehe. Bila Eca cakap mengenai “Muslimah Wear”, apa yang Eca bayangkan adalah :
Dress yang cantik dan tentunya akan membuatkan si pemakai tampil lagi menarik dihari raya nanti. Muslimah Wear kenalah lengkap dengan hijab pilihan yang sepadan dengan dress kan, pilihan Eca :
Bawal atau Square Scarf yang
bercorak mampu menaikkan seri. Bawal kini boleh digayakan dengan pelbagai cara
terpulang kepada kreativiti si pemakai. Tapi, as a woman, kena ada backup
hijab. Bukan apa, kita baru sampai dari beraya, dah buka hijab tetiba ada orang
datang beraya rumah kita kan…alamak, nak pakai semula tudung pun dah kusut.
Maka, backup hijab haruslah yang simple dan segera. Maka, Eca lebih gemar jika
ada Instant Shawl terutamanya dari Fareeda ne :
Amacam dengan pilihan Eca, sesuai
tak dengan gaya ringkas tapi elegen bagi seseorang muslimah? Ohya, Muslimah Wear bukan
sahaja perlu pakai dress..malah jika korang masi berjinak-jinak untuk
mempelbagaikan fesyen, boleh cuba aplikasikan skirt + tops yang cantic, ataupun
gunakan pants seperti palazzo digayakan dengan tops bercorak mahupun plain.
Manakala, hijab yang dipilih harus disesuaikan.
Eca kongsikan TIPS MENGGAYAKAN MUSLIMAH WEAR di Musim
Perayaan :
1. Pilihan
jenis fabrik haruslah yang tidak panas agar kita sentiasa selesa.
2. Pilih saiz
yang mengikut bentuk tubuh agar kelihatan lebih menarik tapi jangan sampai
mencolok mata orang lain.
3. Rona warna
biarlah sesuai dengan kulit wajah.
4. Jika baju
anda sudah bercorak, pilihlah hijab yang plain. Begitu juga sebaliknya. (Jangan
jadi taman bunga uollsss, baju nak berbunga, hijab pun berbunga)
Since Ramadan berbaki
beberapa hari je lagi, jangan pula lengah-lengahkan cari Muslimah Wear untuk
digayakan dihari raya. Baru tampil menarik kan? Kot-kot lah bertemu jodoh hari
di hari raya (eh, cakap diri sendiri ke tu eca oi!)
till next entry!
xoxo, ecadwinkyasha.
10 Comments
cntiknyaa tudung mint green yg kedua tuuu..
ReplyDeletekan...suka kaler pastel2 lembut cmtu
Deleteooo lepas ni bolehlah shopping di zaloraaaaa excited wehh
ReplyDeletesuda aku redeem..dpt beg seketul!.hahaa
DeleteSelamat Hari Raya Eca!
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Kak.
Deletei da beli seketul beg.
ReplyDeleteSaya berjubah aje tahunni..tudung pun biasa biasa jer...tak lilit dah...hihi
ReplyDeletesangat cantik, menarik dan gojes!
ReplyDeletecantik
ReplyDeleteTerima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*