Family Feast Pancake House International, pilihan berbuka puasa.

Family Feast Pancake House International, pilihan berbuka puasa.

Family Feast @ Pancake House International. | Assalammualaikum & Salam Ramadhan.

Alhamdulillah, dah masuk 16 Ramadhan kita berpuasa. Sepanjang 16 hari berpuasa ne, korang dah pernah tak berbuka di luar?...Last Saturday, setibanya Eca di KK (selepas drive dari Semporna-KK dalam 10jam macam tu)...Eca roger terus member Eca, Nani (pemilik Nanis Vendor, Alamesra) tuk berbuka kat Pancake House International. Kekonon, lepas berbuka nak gi shopping kat Kompleks Karamunsing.
Untuk pengetahuan korang, Pancake House International ini merupakan franchise makanan yang berasal dari Manila. Menampilkan pancake yang gebu-gebu sebagai "signature dish" mereka ternyata menarik minat pelanggan untuk mencuba...eh, korang jangan ingat pula, hanya pancake yang dijual disini. Terdapat banyak  menu yang ditawarkan dan ada diantaranya merupakan makanan asli Manila yang telah diolah.
tengah pilih menu apa tu cik eca oi?

Food is LOVE, Share the LOVE.

Untuk bulan Ramadhan sehingga bulan Julai, Pancake House International menawarkan set Family Feast yang bernilai RM100 untuk 4 orang makan. Tapi sebenarnya lebih dari 4 orang makan pun dah cukup tau. Apa yang menarik dalam set ini ialah :


Family Feast @ Pancake House International.
RM100 untuk 4 orang.
1. 4 Jenis Nasi : Nasi Kuning, Nasi Pandan, Nasi Putih dan Nasi Bawang Putih.
2. Kari Kambing
3. Rendang Ayam
4. Daing Na Bangus
5. Terung Sumbat
6. Kurma Pancake
7. 1.5ml Air Fanta Strawberry



Kari Kambing yang tidak berbau langsung. Eca faham kegusaran ramai orang yang tidak suka makan kambing kerana bau kambing yang agak meloyakan. Bagi mereka yang ingin mencuba, Eca cadangkan kari kambing dalam Family Feast ini. Langsung tak berbau yer, malah rasa kari itu sendiri sangat berbeza dari kari kambing yang Eca selalu makan. *satu mangkuk tu, 3/4 Eca yang habiskan tau!...sedap punya pasal katakannnnnnn~


Next, kita ada terung sumbat. Terung sumbat ni salah satu makanan tradisional orang Filipina tau. Taulah, sebab arwah bestfriend Eca (which she is a tagalog) pernah ajar Eca masak terung sumbat. Terubat kerinduan bila makan terung sumbat ini!. Hirisan terung di goreng bersaama telur diselaputi dengan sos amat menarik. 

...dan kita ada Daing Na Bangus iaitu Marinated Milk Fish. Menggunakan ikan bahulu dimarinatekan dengan cuka kemudian digoreng tanpa tulang. Dihidang bersama jeruk timun dan tomato. Pertama kali makan, terus jatuh cinta kat Daing Na Bangus.

Ohya, Daing Na Bangus juga merupakan 'signature dish' di Pancake House yang sering mendapat tempahan dari para pengunjung. Kawan Eca cakap, memang popular makanan ini. Tambahan pula, Daing Na Bangus yang terdapat disini amat berbeza di tempat lain. MUST TRY tauuuu!


Rendang Ayam pun ada...wah terasa sangat nak menyambut Hari Raya kan?
special Rendang Ayam disini, isi ayam yang mudah lerai. Maksud Eca tu kan, masuk je dalam mulut, tak yah susah payah nak kunyah...isi ayam sangat lembut, sehingga terasa sangat rendang tu.


tadaaaa...inilah dia Kurma Pancake. Menu baru bersempena dengan Bulan Ramadhan. Apalah ertinya berbuka tanpa kurma kan?...Inisiatif dari cef Pancake House International membuatkan para pengunjung dapat merasai kurma di dalam pancake, ditambah dengan hirisan kurma serta sirap kurma. 

oke fine, ini jatuh cinta!..nak repeattttttttttt!!!!.


Ohya, selain menu yang terdapat dalam set Family Feast, Eca dan Nani turut add-on Almondigas Soup. Sup yang tampak biasa ini mempunyai rasa yang luar biasa. 2 bebola daging, mihun serta hirisan daun bawang disertakan dalam sup ini amat menaikkan selera makan. Bagi si pencinta sup, eca tak galakkan korang amik 1 mangkuk je. Order lebih sebab satu mangkuk tu tak cukup tau......

Isi bebola daging yang sangat padat!....

muka penat drive + kenyang makan. 
TQ kepada staff Pancake House International Kompleks Karamunsing atas layanan yang superb terbaik. Hilang penat Eca drive dari Semporna-KK.

korang boleh dapatkan maklumat lanjut dengan mengenai promosi Family Feast ataupun menu-menu lain di sini :

LOT G4 - G4(A), GROUND FLOOR
KARAMUNSING KOMPLEKS
88300 KOTA KINABALU, SABAH.
Tel : (60) 88 319 618

ataupun terus ke instagram : @pancakehousekk @pancakehousekotakinabalu


Family Feast Pancake House International, pilihan berbuka puasa.

Post a Comment

2 Comments

  1. yummylicious semua makanan bah....mesti sedap ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kak..kakak cuba la nanti p makan sana k.

      Delete

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*