11tahun lalu, bila Eca start berblogging, tak pernah langsung terlintas di fikiran untuk bertahan lama. Apatah lagi menambah pendapatan sampingan melalui blog dan social media Eca. Menulis untuk suka-suka itu akhirnya membawa Eca ke satu alam menjana pendapatan melalui social media seperti Facebook, Instagram dan Blog. Jika dihitung, telah banyak brand-brand produk yang Eca review di dalam blog. Tidak lupa juga jemputan pelbagai majlis sebagai media (blogger).
Sejak Eca mula berblogging, ramai kenalan blogger mula menjadi influencer secara langsung mahupun tidak langsung. Terdapat banyak faktor yang menjadi penyebab mengapa produk owner/company memilih blogger untuk dijadikan sebagai medium pengiklanan mereka. Antaranya :
1. Peningkatan Pelanggan Setia.
Sebagai influencer, sebelum membuat review, seharusnya mencuba terlebih dahulu produk/servis yang ditawarkan oleh company/owner produk. Hal ini menjadikan review yang dihasilkan lebih jujur dan influencer juga dapat memberikan feedback yang lebih diyakini keberkesanannya. Hal ini seterusnya membawa kepada influencer itu menjadi pelanggan kepada produk/servis yang telah mereka review.
Eca ingat lagi pada tahun 2013/2014, Eca telah review satu minuman tambahan. Blogger diberikan 1 kotak minuman tersebut dan kami diminta untuk meminum kemudian mereview produk tersebut. Bila mencuba produk tersebut dan mendapat hasil yang amat memuaskan, Eca memang gembira untuk review mengenai produk tersebut. Sehingga saat ini, Eca masih menjadi pelanggan setia produk tersebut.
2. Penjanaan Hubungan Dua Hala.
Bila sesebuah entry telah dimuatnaik ke dalam blog, tentu saja ramai pembaca akan berminat. Tidak mustahil jika mereka bertanya kepada penulis mengenai keberkesanaan produk tersebut. Ruangan komen sesebuah entry menjadi medium pemula dalam membina hubungan dua hala. Blogger menjadi perantara diantara produk dan juga 'potential buyer'. Secara tidak langsung, blogger ini juga menjadi duta tidak rasmi kepada sesuatu produk/servis.
3. Online Marketing.
Umum mengetahui, banyak cabang pengiklanan media massa seperti pengiklanan di kaca televisyen, siaran radio mahupun pengiklanan di majalah dan surat khabar menjadi salah satu medium bagi syarikat-syarikat untuk memasarkan produk mereka. Era globalisasi ini telah membawa kepada pemasaran atas talian melalui blogger mahupun social influencer. Maka tidak hairan bila banyak syarikat memperuntukkan banyak bajet ke atas influencer. Dalam satu portal, eMarketer telah menyatakan 3Billion diperuntukkan kepada influencer di US dalam memasarkan produk serta servis mereka.
Nampaknya, influencer (blogger/vlogger thru social media) menjadi pilihan utama masa kini.
4. Media Social Networking.
Sebagai blogger, tentu ramai yang menggunakan social media mereka seperti Facebook, Instagram, Twitter, Youtube dan yang terkini TikTok untuk mendapatkan follower. Secara tidak langsung, setiap blogger juga akan mengambil inisiatif “memasarkan” blog entry mereka melalui media social mereka. Hal ini secara tidak langsung membawa kepada lebih banyak medium pengiklanan, setuju ke tidak.
So, korang yang ada perniagaan samaada produk mahupun servis, hubungilah blogger/social media influencer bagi memasarkan produk/servis korang tu. Lebih-lebih lagi dengan adanya SEO (Search Engine Optimization) akan membantu produk/servis korang berada di tangga utama dalam enjin carian seperti Google dan sebagainya.
Till next entry!
2 Comments
Keep sharing, dear blogger Eca.
ReplyDeleteWishing you all the best!
Many more success to come!!
Tq Fhazrul!
DeleteTerima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*