Assalammualaikum korang!
tapi, sebenarnyaaaa nak cerita pasalllllllll Pembelian Kereta selepas pandemik. Ramai kawan bertanya oke ke beli kereta sekarang? Jom ikuti tips Eca ni...
1. Keperluan atau Kehendak?
Tepuk dada, tanya selera. Adakah pembelian kereta itu satu keperluan mahupun kehendak? Perlu sangat ka membeli kereta baru ataupun boleh difikirkan untuk membeli kereta terpakai? Semua ini terus menjadi persoalan yang bermain di fikiran semua kan?. Bagi Eca, tak salah membeli kereta kerana ianya menjadi satu keperluan buat masa ini. Mempunyai kenderaan sendiri amat memudahkan kita untuk bergerak kemana sahaja. Memanglah ada pengangkutan awam, tapi agak sukar jika perjalanan itu agak jauh mahupun jika korang dalam situasi hendak pergi ke beberapa tempat.
Keperluan membeli kereta ini sebenarnya boleh bertukar menjadi kehendak apabila korang tidak membuat kira-kira kewangan dalam pembelian kereta. So, sebelum ianya bertukar menjadi kehendak, jom kita buat kira-kira kewangan.
2. Rancang Bajet dan Kemampuan.
Untuk korang yang baru bekerja mahupun baru berkira-kira menambah kereta kerana keperluan keluarga yang semakin besar, adalah baik membuat pengiraan bajet mengikut kemampuaan pendapatan. Jom ikuti pengiraan ini :
i. Pastikan pembayaran kereta tidak melebihi 15% dari gaji kita.
ii. Harga kereta adalah bersamaan dengan gaji kita untuk tempoh setahun.
Contoh :
Gaji Sebulan : RM3000
Gaji Setahun : RM3000 x 12 = RM36,000
Dari pengiraan di atas, kita sebenarnya digalakkan membeli kereta yang berharga RM36k sahaja. Kenapa macam tu?....baca pulak tips seterusnya :
3. Roadtax, Insurans Kereta & Maintenance Kenderaan.
Bila membeli kereta, bukan hanya CCM bulanan yang perlu kita jaga. Malah tabung kecemasan kereta juga perlu. Tabung kecemasan kereta ini adalah bertujuan untuk membayar roadtax dan insurans kereta (setahun sekali) dan penyelenggaraan kereta (dua kali setahun). Belum termasuk lagi pembaikan yang lain berkaitan kereta seperti penggantian bateri kereta, tayar dan macam-macam lagi.
Ohya, kena juga bersedia dari aspek harga minyak kenderaan yang kejap turun, kejapppp naik tu!
4. Pertimbangkan loan kenderaan.
Antara kesilapan besar bagi pembeli kereta ialah tidak mempertimbangkan loan kenderaan. Ramai yang mengharapkan jurujual mencari bank-bank untuk membuat pinjaman. Apalagi sebagai pembeli, semua hanya tahu mengiyakan sahaja dan tanpa fikir panjang, terus menurunkan tandatangan tanpa memeriksa perjanjian pinjaman tersebut. Sebenarnya, sebagai pembeli, kita punya hak untuk menimbangtara tawaran daripada semua bank yang memberikan servis pinjaman kenderaan. Carilah yang berbaloi untuk kita agar tidak menyusahkan di kemudian hari!.
Jom semak pengiraan pinjaman kenderaan berdasarkan jumlah pendapatan korang --> Car Payment Loan.
sebenarnya, belilah kereta ikut kemampuan dan disiplinkan diri mengurus kewangan agar tidak terjerat kemudian hari!!!. Jom korang cek kelayakan membuat pinjaman kenderaan =)
0 Comments
Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*